Monday, March 21, 2011

bila otak ditimbus sampah!

bergetar jugak tubuh bila aku buka satu pages dekat facebook td, tajuk pagenya ialah  Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia. kalo korang tengok tajuknya memang sangat menarik dan rasa nak baca seperti mana yang telah terjadi pada aku, punca aku menjengah page ni adalah sebab si dia ada hantar mesej dekat fon aku dan dia tanya awak taw x apa itu freemason? so aku pun bagi la tau kepada dia sekadar apa yang yg aku fahami tentang freemason.

 tadi aku ada on9 kat facebook so aku pegi la jenguk sat dekat page si dia, lepas tu aku nampak yg ini       An-Nurul likes Pendedahan Konspirasi & Penipuan Dunia.
· Like
aku pun klik la dekat tajuk yang dia dah like tu,so aku pun like la jugak... pastu aku pun selusuri la note2 yg ada dekat dalam page tersebut.

tiba2 aku ada tengok satu tajuk notr yg menggamit hati dan jiwa sepak raga aku untuk baca note tersebut, dan ini lah tajuknya Misteri Angka 13 kepada Melayu dan Politik Malaysia woww!! tajuk memang gempak giler. baca punya la baca last2 jumpa yang ni 

klik pada gambar untuk lebih jelas


aku pun xfaham tentang simbol2 di atas walaupun dia dah bagi penerangan, dieorang campur ke tolak pun aku xtaw...maybe kena guna kalkulator saintifik kot hahaha....
aku pun tekan la lagi tetikus ketit ketit ketit ketit utk tengok entry yg lagi bawah last2 terkejut beruk bila aku nampak yg ni

klik pada gambar untuk lebih jelas

xkan kita nak menilai ketelusan sesebuah institusi dengan hanya membuat beberapa teori kiraan matematik?
kenapa bentuk logo harus diubah dengan ditarik bagi mencapai sebuah jawapan? korang ada akal, tolong fikir
keadaan2 macamni kalo dibiarkan aku rasa dia mampu timbulkan ketegangan dalam masyarakat. jelas sekali  foto di atas adalah 1 fitnah yg sangat besar.

tapi xsemua yg bodoh, ada jugak yang sekadar buat lawak tiga suku dengan teori2 yg ada dlm page tersebut, tengok ni

klik pada gambar untuk lebih jelas

huhu....minda manusia sekarang sukar nak ditipu....penipuan hanya akan jadi bahan gelakkan bagi
sesapa yg bijak berfikir

tapi masih ada jugak yg keliru dan kelabu pasal sesuatu hal yg boleh sebabkan org lain turut keliru dan kelabu...try tengok komen mamat ni

 

xkan al-quran nak kena bagitaw sebijik2...sebab tu ada hadis, hadis bertujuan menghuraikan nas2 al-quran yg mujmal...akal pun ada fikir la.... kan aku dah jadi ustaz skrang ni hahaha
sistem demokrasi xbertentangan dengan hukum syarak...so boleh la digunakan dan diamalkan

p/s: freemason dan iluminiti memanglah sesuatu pergerakan yg sesat, tetapi page tersebut telah menfitnah dan cuba mengaitkan institusi yg tidak sesat sebagai sebahagian dari fahaman freemason dan iluminiti. sesungguhnya bagi mendapatkan maklumat yg sangat konflik korang haruslah mempunyai sedikit ilmu lebih2 lagi ilmu berkaitan agama supaya penilaian yg terbaik korang boleh buat. dunia sekarang penuh dengan penipuan dan lakonan.
AMARAN : berhati-hati ketika mendapatkan sebarang maklumat, dapatkan bimbingan dari yg lebih pakar.


No comments: