Thursday, January 13, 2011

Gatai-gatai Malam

salam 2 all
entry kali ni aku nak citer pasal gatai2 malam huhu... sempoi punya tajuk aku letak. tadi perut aku marhaban,berendoi,berzanji sume cukup sebab lapar, ini kesan dari breakfast tadi pagi aku tibai nasik lemak 3 bungkuih so tngahari aku x makan la sebab kenyang lagi tapi bila malam apa lagi... mula la lapar balik. aku jenguk2 bawah tudung saji tapi tengok lauk pun x bape nak ada jd aku amek keputusan g beli nasik goreng ayam kat kedai orang petani (thailand mari). kat kg aku xda orang tempatan bukak kedai makan malam2.. orang petani ja ada... ok, tajuk gatai-gatai malam ni khas aku tujukan time aku kat kedai makan orang petani tu la. aku kalo pegi kedai makan.. style aku suka tengok gelagat orang2 yang da kat situ tapi kadang dieorang perasan gak aku  tengah tengok dieorang tapi mybe x berani nak confirm gak kot aku tengok dieorang sebab aku pakai spek...jap2 nak makan nasik goreng aku jap bismillah, alhamdulillah..... ok2 sambung balik, korang x payah nak terliur sebab x sedap mana pun.... kedekut ayam betoi! nama ja nasi goreng ayam. masa aku tunggu nasik goreng aku td, aku dok tengok ja minah petani tu dok amek order.. nama minah petani tu mek, jap jalan sana jap jalan sini letih aku tengok ngko minah petani. x lama pastu da la sorang budak laki sampai aku kenai ja budak tu tapi aku malas nak tegur, sampai2 je die terus g kat minah petani tuh sambil sembang2 apa ntah.. aku tengok muka minah petani tu menggedik semacam ja time sembang dengan budak tu. meja sebelah aku tuh ada la dua orang pak cik yang sorang tu aku kenai sorang lagi x kenai, dieorang lengkap berbaju melayu, kain sarong dan kopiah...nampak macam baru balik dari surau, sampin je dieorang x pkai sebab dieorang pakai kain sarong huhu... tetiba kau tengok minah petani tu pegi kat dua orang pak cik tadi, aku sempat jugak la dengar  apa yang pak cik tu cakap dekat minah petani tu, hang kawin lagi daK? aku x perasan la plak minak petani tu geleng atau angguk pastu pak cik yang setengah abad tu ckap lagi, awat hang x senyum? senyum la sikit...amboi... masyallah..... geli seluruh jiwa dan raga aku bila aku dengar, anak bini kat rumah x ingat ke.... kawan pak cik tu yang kat sebelah tu sengih......je.... kot ye pun berkenan xpayah la dok menggatal kat situ... pegi ja rumah die... minah petani tu pun aku tengok macam best je... huhuhu... tetiba terlintas kat dalam otak aku mungkin camni la kot cara orang tua2 ngorat huhu... pak cik tu x padan dengan tua tapi gatai lebih dari orang muda hahaha... dunia oh dunia. ada dulu sekali time aku kat kedai orang petani yang satu lagi aku nampak pak cik tu pi tampaq punggung minah petani yang keja kat situ, mak oii! rupa2nya orang tua lebih ganas dari orang muda... gila kot pegi buat macam tu. oklah sampai sini je kot citer aku bagi entry kali ni sebab rasa mual la pulak citer pasal orang2 tua gatai ni kikiki. :) rasa mcam citer tergantung plak ek

Wednesday, January 12, 2011

kiSaH TeLaDaN peNdEk

salam 
dalam entry kali ni aku nak bercerita sikit kisah2 teladan yang bercirikan islamik berdasarkan pengajian agama bersama beberapa orang tok guru di sekitar kedah


KiSaH YaNg pERtAmA
pada suatu ketika dahulu ada seorang lelaki ingin berkahwin akan tetapi taste lelaki ini cukup tinggi iaitu, dia menginginkan wajah isterinya secantik bulan purnama. oleh sebab itu dia telah bertaklik jika wajah isterinya tidak secantik bulan purnama maka secara automatiknya talak akan jatuh. maka keluarganya telah memilih seorang gadis untuk dijadikan isteri peneman hidupnya, orang dulu2 tidak melihat bakal pasangan mereka kecuali pada hari perkahwinannya. maka tibalah hari perkahwinan lelaki tersebut, apabila dia melihat isterinya itu, wajah secantik bulan purnama yang diidamkannya tidak menjadi kenyataan. maka bertemulah lelaki tersebut dengan ulama2 di dalam negerinya bagi menanyakan sama ada talak yang ditakliknya jatuh atau tidak setelah diceritan perkara yang sebenar. maka bersidanglah para ulama di dalam negeri tersebut bagi mencari jawapan mengenai kekeliruan yang timbul, setelah bermusywarah beberapa ketika maka kesemua ulama mengatakan talak yang ditaklikkan jatuh. namun hanya seorang ulama sahaja yang mengatakan talak yang ditaklikkan tidak jatuh, para ulama yang lain kehairanan dan bertanya mengapa berpendapat sedemikian maka ulama tersebut menyebut firman Allah yang berbunyi ''sesungguhnya Aku jadikan manusia adalah dari sebaik-baik kejadian" 
KESIMPULANYA: manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik dan lebih baik berbanding bulan purnama :)


kIsAh yAnG KeDuA
kisah ini berlaku sewaktu zaman pemerintahan harun ar-rasyid. suatu hari harun ar-rasyid berjalan-jalan di dalam negerinya dan dia telah bertemu dengan seorang budak, budak tersebut sedikit pelik kerana dia akan menangis sebaik sahaja melihat api. harun ar-rasyid berasa hairan lalu bertanya kepada budak tersebut," wahai budak mengapa engkau menangis setiap kali melihat engkau melihat api? budak tersebut dengan confidentnya menjawab," wahai pak cik (die panggil pak cik sebab die xkenal harun ar-rasyid) aku menangis kerana aku berasa takut jikalau aku akan dimasukkan ke dalam api neraka (kita pernah fikir macam budak ni) harun ar-rasyid dengan confidentnya jugak menjawab," budak-budak sebesar engkau tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka, budak tersebut rupa-rupanya amat cerdik dan membalasnya dengan lebih confident berbanding sebelumnya," aku melihat apabila seseorang itu ingin menyalakan api dia akan memasukkan kayu2 yang kecil terlebih dahulu sebelum memasukkan kayu yang besar2... :)


kIsAh yAnG kEtIgA
kisah dalam cerita ini berlaku diantara seorang tok guru dengan muridnya. suatu hari  tok guru ingin menguji anak muridnya setelah sekian lama mencurahkan pelbagai ilmu termasuk ilmu tasawwuf, fekah, tauhid, sirah dan sebagainya. maka tok gurunya pun mengajak anak muridnya itu pergi ke tepi pantai, keadaan ketika itu berlaku tiupan angin yang agak kencang dan laut bergelora disamping ketinggian ombak mencecah 15 meter. lalu tok guru pun menyuruh anak muridnya memandang ke laut dan memberitahu kepadanya apa yang dia dapat lihat disebalik laut yang sedang bergelora, maka jawab muridnya," saya melihat laut bergelora dan keadaan ini menyebabkan para nelayan tidak dapat turun ke laut dan memungkinkan harga ikan akan menjadi mahal di pasaran. kikiki... sedangkan tok gurunya mengharapkan anak muridnya itu menjawab ini adalah satu dari tanda kebesaran dan kekuasaan Allah :)
KESIMPULANYA: berfikir haruslah berlandaskan ilmu pengatahuan

Tuesday, January 11, 2011

TeN Q

salam 2 all
aku sebagai empunya blog masam manis hidup nak ucapkan ten Q kat korang yang sudi follow blog aku ni sebab blog aku ni baru saja wujud lebih kurang dalam seminggu tapi dah ada 6 follower. ten Q so much, inshaallah blog aku ini akan cuba menceriakan hidup korang dengan story2 aku dan aku akan postkan beberapa info yang aku rasakan berguna untuk korang sume.

KiSaH yAnG PeRnAh mEnYeBaBkaN AiR mAtA JaNTaNkU mEnGaLir

Assalamualaikum w.b.t


Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.




Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W



Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..



Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.



yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih Nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23

tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.



Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah

di universiti ini.



Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.



Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah

sepanjang hari.



Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu

perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.



Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit

yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”



Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin

Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.



Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh

kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”



Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!



Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).

Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp

diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”



Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.



Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.



Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..



Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.



Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti

akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.



Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku

tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”



Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang

daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.



Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:



“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.



Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”



Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.

Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;

“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”



Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.



Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di

situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”



Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan

betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”



Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.

Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.

Mencintainya suatu kemuliaan…



Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”



Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)



p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!

(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)



sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…

banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

 -gambar hiasan-

jom lepak sebentar bersama hilal asyraf

Sunday, January 9, 2011

masa sepantas moto kawasaki ninja

salam 2 all,
cepat bebeno masa berjalan dan berlari, hari ni sudah 7 januari 2011 esok pulak 8 januari 2011 lusa pulak 9 januari 2011 dan yang selebihnya korang pandai2 la kira sendiri yek. yang best kat sini adalah tahun ni aku da boley mengundi jika ada pilihanraya diadakan tapi x tau la tahun ni ada pilhanraya taupun tidak, hanya ayah Jib je yang tahu.... ini melambangkan aku sudah diambil kira dalam menentukan kemajuan malaysia.... cewah, semangat giler melebihi semangat orang gila heee.... bukan pasal pilihanraya topik utama aku nak cakapkan kat sini cuma umur setua aku ni dah diklasifikasikan sebagai matang untuk membuat keputusan termasuk keputusan dalam memilih pemimpin negara, bukan sebarangan keputusan tuh. oleh sebab tu aku merasakan aku memang patut meninggikan ilmu aku sama ada ilmu dunia @ akhirat secaranya mudahnya kedua-duanya sekali la. ini kerana umur seperti aku perlu menempuh pelbagai "pagar besi dunia" yang sememangnya wujud dalam kehidupan manusia, alien aku x pasti. so, for the conclusion is setiap dari kita aku lihat perlu sentiasa tinggikan ilmu2 yang berguna lebih tinggi dari pokok kelapa kat tepi pantai.



Saturday, January 8, 2011

KeHaDiRaN MiNaH NgOknGeK DaLaM 2011

salam 2 all
buka ja tahun baru mesti ada punya citer2 baru yg muncul, sama la jugak dengan aku yang ada citer baru bagi korang yang sudi lepak2 dekat blog aku nih. cite aku bagi entry kali ni agak2 jiwang tapi xda la tahap gaban dan ntah apa2 lagi. tahun baru 2011 kali ni aku sambut dengan kehadiran insan baru yg sebelum ni aku xpenah kenal ataupun jumpa. makhluk yg aku nk citer ni aku bagi nama minah ngokngek(bukan nama sebenar). kemunculan minah ngokngek tahun 2011 ibarat plaster luka bagi aku sebab tahun 2010 aku rasakan begitu celaka tapi celaka bukan disebabkan cinta. so, happy la sebab minah ngongek ni jenis gila-gila jugak.. sporting pun ada jugak... dia jugak merangkap mangsa usikkan, sakat2, merangkap tempat aku mengata hehehe.... susah gak la nak jumpa org yg macam minak ngongek ni... comel pun comel gak... ala2 kucing parsi gitu... kikiki (minah ngongek jangan marah ek kalo da baca entry ni....) comel la....(minah ngokngek mesti perasan giler kalo aku cakap camni) >_<



-minah ngokngek yang aku maksudkan-

JaDi cIkGu sAmBilaN

salam... entry yang kedua untuk blog aku nih aku nk cerita ceket pasal keje part time aku sekarang nih, aku da dapat jadi cikgu sambilan, wuhuuuuuu....best giler...mungkin cikgu2 kat sekolah karang nih xpenah lagi jumpa anak2 murid yg sungguh berdisiplin seperti anak2 murid aku. tak buat bising langsung! walaupun sepatah haram, apatah lagi nak pegi jalan rayau2.. aku sampai ja sume dah tercegat beratur mengikut koordinat masing2. tanpa melengahkan masa aku terus ngajar dengan menggunakan sebatang pen khas disamping tanpa pengguna daster mahupun ereser... korang bila dengar citer aku nih mesti da gak keinginan nk jadi cikgu mcm aku... yg paling best tuh aku bleh balik sesuka hati mak bapak aku malaupun x habis ngajar..kehkehkeh.. aku bebas dari sebarang tumbprint ataupun segala caca merba yg lain. gaji aku pulak dibayar ikot minggu tanpa perlu terhegeh-hegeh nk beratur belakang punggung-punggung mat bangla kat mesin ATM pokok sena untuk amek gaji aku, oklah cukup la kot rasanya smpai takat ni


ni la wajah2 anak2 murid aku...
cikgu rindu korang...



Friday, January 7, 2011

blog keDua selepas Pertama

salam 2 all,
blog ni merupakan blog kedua milik aku selepas blog pertama yg memaparkan beberapa artikel serta maklumat serta kelihatan agak ''skema". blog yg kedua ni seolah-olah membuka lembaran baru sempena tahun 2011 dan aku cuba sedaya hingga sedutan oksigen aku yg terakhir untuk aku hasilkan nukilan yg santai2 je lagi sempoi. erm, dalam blog ni jugak ada la 2 3 kisah yg agak menarik la bg aku dalam tahun 2010 yg aku akan celotehkan tapi aku x tau la sama ada korang rasa menarik tau x..(aku x jamin)
jadi...bagi memberkati blog aku yg kedua ni marilah sesapa yg da jengok blog ni membaca ummul kitab AL-FATIHAH....